Tuesday, 27 November 2012

Bila Hujan~

Current song : bunyi hujan lebat mengatasi bunyi winamp..
Current mood : keboringan

masa kecik-kecik paling best bila time hujan..banyak benda boleh buat..

kalau kat kampung..
asal hujan jak kompom semua lari luar rumah mandi hujan..pastu ramai-ramai tangkap katak kat jalan raya. tu di kampung laa..dulu kereta jarang lalu, sekarang jangan berani-berani oo nanti x pasal-pasal masuk spital..pastu anak katak tu simpan dalam botol, isi sikit air letak dalam bilik mandi..aku pun x tau napa lah mau simpan katak-katak tu last2 boleh plak lupa.lepas 2 3 hari pastu  mama potpetpotpet pasal bilik mandi busuk..baru teringat..semua anak katak sudah kembang dalam air.huhu

kalau kat sekolah..
bila hari hujan buka kasut pastu main tiang bawah kolong kelas.kan dulu kelas papan yang ada tiang. x pun  main kejar-kejar tengah padang lupa uniform sekolah tu bila basah kan melekat kat badan pastu nampak la nenen..tapi masa tu kan budak mana la terfikir benda tu yang penting dapat main. bila cikgu nampak semua kena pulas telinga.

kalau di rumah..
masa hujan tu x la plak dapat mandi hujan.sebab takut kena potpet mama. kalau x pun tepaksa la belakon konon2 mau pergi rumah makcik ita yang tinggal dekat sebelah block padahal tangkap udang kecik dalam longkang sambil mandi hujan..aku pun x tau la napa aku suka binatang-binatang yang kecik simpan dalam balang, 2 3 hari pastu binatang2 tu mati sebab aku x tau mau kasi makan apa..semua yang aku tangkap aku bagi makan nasi..mana la aku tau (bedosakah aku?) ..kalau masa tu mama xda di rumah plak kami sambut air dalam drum pastu ganti-ganti terjun masuk drum ( dulu kami mana la ada pool getah tu..dapat mandi swimming pool pun pasal makcik aku keja kat sana jak..kami bukan anak orang kaya).penah sekali tu tengah mandi-mandi makcik petpet datang.makcik petpet ni kira kedai runcit bergerak sebab dia jual macam-macam dalam van dia.kelam kabut  keluar dari drum pasal mau beli keropok dari makcik petpet. lepas berapa jam mama pun teriak dari luar...

" apa sudah kamu buat dengan anak-anak kucing ni!!!!"

astagaaa..kami lupa keluarkan anak-anak kucing yang kami bawa mandi tadi pasal takut x dapat/sempat beli keropok. abis bertimbulan lah mangsa kejadian tu semua..huhu

ni la yang jadi bila aku teda kawan pompuan masa kecik semua aktiviti join abang.



sekarang bila hujan....
aku hanya mampu duduk depan pc di opis ni melayan keboringan..




No comments:

Post a Comment